Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT ISTERI TERSAYANG
BUAT.....
GURU GURU YANG SANGAT DIINGATI
GURU GURU DARI TADIKA KEMAS SERI TIRAM JAYA
GURU GURU SEK KEB SERI TIRAM JAYA
GURU GURU SEK REN AGAMA SERI TIRAM JAYA
GURU GURU SEK MEN KEB SERI TIRAM JAYA
GURU GURU SEK MEN DATO' HARU TG KARANG
GURU GURU KRS SMKTJ
PEGAWAI PEGAWAI KRS TG KARANG DAN KUALA SELANGOR
DAN SEMUA GURU GURU KELAS TAMBAHAN YANG PERNAH MENGAJAR
SEMUA GURU DI SEKOLAH SEKOLAH ISLAM
RAKAN RAKAN GURU DI SEK ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

ni pulak masjid kg seri tiram jaya tg. karang


SAYONARA ... versi melayu

sayonara sayonara sampai berjumpa lagi
sayonara sayonara sampai berjumpa lagi
buat apa susah buat apa susah
susah itu tak ada gunanya
buat apa susah buat apa susah susah itu tak ada gunanya

bertemu dan berpisah adat manusia biasa
hilang di mata tapi di hati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa
..........................................................................

selamat jalan....

kepada anak anak batch sebelas yang akan mendaftar ke ipta or ipts selamat maju jaya
beajarlah bersungguh sungguh dan jadikan ilmu yang diperoleh sebagai panduan berjalan
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
SAPE YANG BERSUSAH SUSAH DI SMIH
INSYAALLAH BERSENANG SENANG KEMUDIAN
andainya ilmu berkat insyaallah segala kerja rasa mudah
sape yang rasa sukar dan payah banyak la beristighfar
dan memohon ampun serta banyakkan berdoa....
insyalallah agar semua batch ini menjadi insan rabbani soleh dan musleh dimana jua anda berada
SO JANGAN LUPAKAN ANA DISINI......
BERAT HATI UNTUK MELEPASKAN PERGI
TAPI APAKAN DAYA.....





ni la swah kat kampung ana

nukilan untuk guru guruku

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

hari GURU

askmmmm
thank you to all my students especially AJK hari guru
for a wonderful celebration last monday
sape yang bagi hadiah macam macam tu terima kasih banyak banyak la ye
moga ALLAH memudahkan antum dalam urusan periksa dan sebagainya......